Assalamualaikum and welcome to my blog. Actually this is my first blog and this blog will be checked by Mr Md Irzali our website authoring lecturer..hopefully this blog can give a bitt of information for my follower..Nice to meet you all..
RSS


Get your own Digital Clock

Tuesday, November 17, 2009

Mi Kari Silat Gayong

WAH2!! dah ade mee kari silat gayong..ne saya yg cipta resipenye..khas untuk ahli2 dan anak2 gayong seluruh dunia.so enjoy la ye heheh



Bahan-Bahan:
2bj bawang bombay(ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1inci halia (ditumbuk)
2sudu besar serbuk kari daging
sedikit bahagian ayam yang bertulang(seperti tengkuk)
1 cawan hirisan ayam
1 cawan udang (dibuang kulit)
1 cawan hirisan sotong
1 cawan fish cake atau fish ball
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
santan (dari sebiji kelapa)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


    1kg mi kuning(di celur)
1 mangkuk sawi (di celur)
1 mangkuk taugeh (dicelur)
1 mangkuk tauhu (digoreng)
Hirisan cili merah
daun sup dan bawang goreng
Cara:
1. Tumis bawang merah,bawang putih, dan halia sehingga kekuningan
2. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing,masukkan ayam bertulang.
3. Masukkan air dan biar mendidih
4. Masukkan fish cake,fish ball dan ydang kering yang ditumbuk ,biar
mendidih lagi.
5. Masukkan santan,garam dan gula secukup rasa.
6, Ketika kuah sedang mendidih, masukkan sotong,udang dan hirisan ayam,
biarkan 3,4,minit dan matikan api
7. Sedia dihidang.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama sawi,taugeh,tauhu,hirisan cili merah,daun sup serta
bawang goreng.
Tambahan:
Udang dan sotong boleh juga di rebus terlebih dahulu dan dimasukkan ketika
 hendak menjamu selera.


so mcm mane??dh cube??sedapkan...harap recipe ne korang simpan bg kt cucu cicit kang ye hehehe..

Monday, November 16, 2009

Ketahuilah Makna Bacaan Dalam Solat Kita Agar Mendapat Keberkatan

Takbiratul-Ihram & Takbir

 Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

wahai sahabatku..sudah sempurnakah solat kita??marilah kita same2 berusaha mencari keberkatan ilahi..

Sunday, November 15, 2009

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya..

Adakah anda gembira dengan artikel, informasi dan segalanya disini? Kami ingin melihat perasaan anda mengenai laman blog ini. Pilih ikon perasaan anda dengan Klik happy news O-meter di sebelah

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

Cara Menamakan Fail image Serentak Dalam Komputer

Untuk menamakan semula imej dengan cara serentak, ikutilah langkah berikut:

1. Pilih imej yang hendak ditukarkan namanya. Ikuti langkah di bawah untuk memilih imej yang banyak dengan lebih mudah:

? Jika imej berada di dalam satu folder, gunakan arahan Select All dengan menekan kekunci CTRL + A

? Jika imej yang hendak dipilih berada di lokasi yang berturutan di dalam folder yang sama, klik imej yang pertama, tekan SHIFT dan kemudian klik imej yang terakhir, tanpa melepaskan kekunci SHIFT itu. Semua imej yang berada di antara susunan imej pertama dan terakhir akan dipilih secara automatik.

? Jika anda ingin memilih imej yang tidak berada di dalam susunan pula, tekan kekunci CTRL dan seterusnya mengklik diatas imej pilihan, anda boleh terus meng klik diatas beberapa imej sekali gus tanpa melepaskan butang CTRL. Teknik ini akan memudahkan anda memilih imej yang berlainan susunan secara serentak.

2. Setelah imej dipilih anda boleh membuat perubahan nama imej serentak dengan menekan butang kanan tetikus dan memilih menu Rename

Dengan hanya menukarkan nama satu imej yang terdapat di dalam pilihan,

kesemua nama fail yang telah dipilih akan ditukarkan secara automatik mengikut nama yang diberikan.

Untuk mengelakkan persamaan di dalam nama fail, nombor bersiri akan ditambah secara automatik pada penghujung setiap nama fail yang dipilih.

Jika kamera digital atau telefon bimbit mempunyai kemudahan meletakan nama secara automatik, anda boleh juga menggunakan kemudahan itu yang mana, nama fail akan ditambah semasa gambar itu diambil.

Saturday, November 14, 2009

Panduan penjagaan rambut jadi segar dan subur

RAMBUT umpama mahkota bagi seorang wanita. Bagaimanapun, kini bukan saja wanita yang mempunyai kesedaran mengenai pentingnya mahkota itu dijaga dan dibelai, malah lelaki juga inginkan rambut mereka terus subur serta indah dipandang.

Oleh itu, sebelum anda berhabis untuk membeli produk rawatan rambut, perkara asas yang perlu dilakukan ialah mencuci rambut. Pemilihan syampu sesuai untuk kulit kepala anda juga penting kerana syampu yang tepat adalah langkah pertama mendapatkan rambut sihat bersinar.

Bagi yang ingin mendapatkan tip sebelum bersyampu, maklumat ini mungkin berguna untuk anda.

1. Berapa kerap harus mencuci rambut?

Tidak salah mencuci rambut setiap hari, tetapi proses mencuci, mengering dan dandanan yang dibuat secara kerap akan menghilangkan kelembapan semula jadi rambut. Justeru, teliti jenis rambut dan lakukan mengikut tip yang diberikan.

  -Cuci rambut setiap hari jika rambut anda jenis berminyak. Bekerja atau sentiasa berada di persekitaran berhabuk dan berdebu juga boleh menyebabkan rambut berminyak.

 - Cuci rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu jika mempunyai rambut kering atau tinggal di kawasan tinggi kerana udara di kawasan itu terhindar daripada kelembapan atau pencemaran.

2. Bolehkah syampu digunakan dalam kuantiti yang banyak?

Boleh. Bagaimanapun, pastikan selepas bersyampu, rambut dibersihkan sehingga ke akar rambut tanpa ada yang tertinggal. Malah, kuantiti syampu juga ditentukan oleh panjang dan ketebalan rambut.

Bolehkah menggunakan air suam untuk membilas rambut? Adakah suhunya sesuai?

Air yang digunakan untuk membilas seelok-eloknya adalah air suam kerana ia dipercayai dapat membilas syampu dan kotoran lebih bersih. Bagaimanapun, air yang terlalu panas boleh menyebabkan rambut menjadi rapuh. Oleh itu, gunakan air dingin untuk cucian terakhir sebelum pelembap atau sebarang produk disapukan pada rambut bagi menghindarkan kandungan nutrien di dalam produk hilang. Ia juga dipercayai membuat rambut lebih bercahaya.

Lemon untuk rambut beralun

Jika rambut anda jenis berminyak, ia akan kelihatan mudah leper dan tidak bermaya. Untuk mengembalikan sinaran rambut, perah dua biji lemon, dicampur dengan satu liter air. Gunakan jus berkenaan untuk membilas rambut selesai bersyampu. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

sumber: www.conectique.com

Friday, November 13, 2009

Guna komputer sebagai interkom

KOMPUTER kini boleh digunakan sebagai telefon untuk berhubung dengan keluarga, rakan atau rakan sekerja.

Apa yang diperlukan hanyalah perisian yang boleh menyokong kemudahan seumpamanya di atas standard Suara Menerusi Protokol Internet (VOIP).

Oleh kerana Skype merupakan perisian untuk menggantikan telefon biasa, ianya beroperasi seperti telefon yang mana apabila panggilan dibuat, penerima perlu menekan butang 'Answer' sebelum perbualan boleh dilakukan.

Kadangkala kita perlukan kemudahan yang terdapat pada telefon di pejabat kita yang mana penerima boleh terus mendengar suara pemanggil tanpa perlu menjawab panggilan.

Kemudahan itu dinamakan Interkom.

Kemudahan menggunakan Interkom di komputer kini boleh digunakan dengan perisian yang dinamakan Loudtalks.

Ia boleh dipindah turun di www.loudtalks.com. Apabila perisian sudah dipasang, anda boleh berkomunikasi dengan sesiapa saja di seluruh dunia seolah-olah mereka berada di pejabat yang sama.

Selepas perisian dipasang, langkah pertama adalah mendaftarkan nama pengenalan anda: Beritahu rakan anda supaya memindahturunkan perisian yang sama dan seterusnya mendaftarkan nama pengenalan mereka.

Selepas rakan anda berjaya mendaftar, anda hanya perlu memilih Tools > Add a contact untuk berkomunikasi dengan mereka Selepas anda menjemput rakan anda untuk berkomunikasi, pastikan rakan anda menerima jemputan itu untuk perbualan boleh diteruskan. Untuk berhubung dengan rakan anda yang namanya berada di dalam senarai, anda hanya perlu pilih nama mereka dan tekan butang untuk bercakap.

Jika anda tidak mahu menekan butang tersebut anda boleh menekan butang F7 sebagai jalan pendek. Jika anda ingin mengubah fungsi butang-butang yang diberikan, anda boleh mengubahnya dengan memilih Tools > Options Jika anda belum ada rakan untuk berinterkom, tambahkan sahaja nama pengenalan saya  Shida sebagai cubaan untuk kita mulakan interkom dari mana saja anda berada.

Wednesday, November 11, 2009

Rahsia Di Sebalik Senyuman!!

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok