Assalamualaikum and welcome to my blog. Actually this is my first blog and this blog will be checked by Mr Md Irzali our website authoring lecturer..hopefully this blog can give a bitt of information for my follower..Nice to meet you all..
RSS


Get your own Digital Clock

Tuesday, November 17, 2009

Mi Kari Silat Gayong

WAH2!! dah ade mee kari silat gayong..ne saya yg cipta resipenye..khas untuk ahli2 dan anak2 gayong seluruh dunia.so enjoy la ye heheh



Bahan-Bahan:
2bj bawang bombay(ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1inci halia (ditumbuk)
2sudu besar serbuk kari daging
sedikit bahagian ayam yang bertulang(seperti tengkuk)
1 cawan hirisan ayam
1 cawan udang (dibuang kulit)
1 cawan hirisan sotong
1 cawan fish cake atau fish ball
1 sudu besar udang kering (ditumbuk)
santan (dari sebiji kelapa)
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis


    1kg mi kuning(di celur)
1 mangkuk sawi (di celur)
1 mangkuk taugeh (dicelur)
1 mangkuk tauhu (digoreng)
Hirisan cili merah
daun sup dan bawang goreng
Cara:
1. Tumis bawang merah,bawang putih, dan halia sehingga kekuningan
2. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga garing,masukkan ayam bertulang.
3. Masukkan air dan biar mendidih
4. Masukkan fish cake,fish ball dan ydang kering yang ditumbuk ,biar
mendidih lagi.
5. Masukkan santan,garam dan gula secukup rasa.
6, Ketika kuah sedang mendidih, masukkan sotong,udang dan hirisan ayam,
biarkan 3,4,minit dan matikan api
7. Sedia dihidang.
Cadangan Hidangan:
Hidangkan bersama sawi,taugeh,tauhu,hirisan cili merah,daun sup serta
bawang goreng.
Tambahan:
Udang dan sotong boleh juga di rebus terlebih dahulu dan dimasukkan ketika
 hendak menjamu selera.


so mcm mane??dh cube??sedapkan...harap recipe ne korang simpan bg kt cucu cicit kang ye hehehe..

Monday, November 16, 2009

Ketahuilah Makna Bacaan Dalam Solat Kita Agar Mendapat Keberkatan

Takbiratul-Ihram & Takbir

 Allah Maha Besar.

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

wahai sahabatku..sudah sempurnakah solat kita??marilah kita same2 berusaha mencari keberkatan ilahi..

Sunday, November 15, 2009

Bentuk kuku kita memiliki makna yang berbeza. Bagaimanakah bentuk kuku kawan baik, pasangan atau diri anda? Kenalilah wataknya..

Adakah anda gembira dengan artikel, informasi dan segalanya disini? Kami ingin melihat perasaan anda mengenai laman blog ini. Pilih ikon perasaan anda dengan Klik happy news O-meter di sebelah

1. Kuku yang baik, rapi dan indah :
Menunjukkan watak orang yang halus perasaannya. Bentuk kuku seperti ini jarang dimiliki orang yang bertubuh besar dan kuat.

2. Bentuk kuku pendek tetapi lebar :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sikap yang praktis dan cekap dalam ilmu, otaknya cerdas dan ingatannya tajam. Orang yang memiliki kuku yang seperti ini sukakan muzik dan lagu.

3. Bentuk kuku yang agak panjang dan berwarna pucat :
Menunjukkan orang tersebut terlalu banyak rancangan dan cakap, tetapi tidak membuat sebarang kerja sehingga sering mengelamun melayani perasaan. Ia juga agak malas dan kalau ia melakukan sebarang kerja sering dalam keadaan ragu-ragu.

4. Bentuk kuku sedang dan warna merah sedikit :
Menunjukkan pemiliknya mempunyai motivasi yang baik dalam pekerjaan, selalu menjaga kebersihan dan memiliki rasa persaudaraan yang tinggi.

5. Bentuk kuku bersegi tetapi rata :
Biasanya orang ini memiliki sifat yang kurang pandai bergaul, sedikit kewibawaan, tidak mudah menjadi kaya dan kurang pengetahuan.

6. Bentuk kuku langsing :
Orang yang memiliki bentuk kuku ini biasanya halus budi pekertinya tetapi sering merasa was-was, mudah ditimpa malang dan kurang berwibawa.

7. Bentuk kuku panjang bulat berwarna kuning :
Bentuk kuku seperti ini menandakan pemiliknya orang yang jujur, sabar, pandai , tinggi darjatnya dan boleh hidup mulia dengan anak isterinya.

8. Bentuk kuku runcing kebawah atau seperti biji timun :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini sering was-was, bodoh, mudah diserang penyakit, mudah terkejut dan tak kuat bekerja.

9. Bentuk kuku runcing tetapi besar dan tebal :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini memiliki sifat keras dengan pendiriannya, sering berpindah randah tempat tinggalnya, suka berjalan jauh dan suka berkahwin atau suka bertukar pasangan hidup.

10. Bentuk kuku bersegi bahagian bawah sedikit runcing :
Menunjukkan orang yang memiliki kuku seperti ini tidak memiliki kewibawaan, bodoh dan kalau bekerja hanya diperingkat rendah sahaja.

11. Bentuk kuku besar dan banyak garisan :
Biasanya orang yang memiliki kuku yang seperti ini biasanya akan menjurus pada susah dan sering berdepan dengan bahaya. Tetapi garisan tersebut tidak selama-lamanya kelihatan di kuku. Kalau garis tersebut sudah hilang dan kelihatan bersih menandakan orang itu akan memperolehi berkat.

12. Bentuk kuku yang banyak seratnya (serabut) :
Menandakan jika orang tersebut sering ditimpa kesusahan jauh dari sanak keluarga boleh mati di sebarang tempat.

13. Bentuk kuku seperti kikir :
Bila seseorang memiliki bentuk kuku seperti ini menandakan kemungkinan orang itu akan memperolehi halangan yang besar atau akan memperolehi bahaya.

14. Kuku yang banyak titik-titiknya di bahagian bawah kelihatan hitam :
Kedudukan kuku seperti ini memberi suatu petanda bahawa orang tersebut dalam situasi bahaya besar yang boleh juga membawa kematiannya.

Cara Menamakan Fail image Serentak Dalam Komputer

Untuk menamakan semula imej dengan cara serentak, ikutilah langkah berikut:

1. Pilih imej yang hendak ditukarkan namanya. Ikuti langkah di bawah untuk memilih imej yang banyak dengan lebih mudah:

? Jika imej berada di dalam satu folder, gunakan arahan Select All dengan menekan kekunci CTRL + A

? Jika imej yang hendak dipilih berada di lokasi yang berturutan di dalam folder yang sama, klik imej yang pertama, tekan SHIFT dan kemudian klik imej yang terakhir, tanpa melepaskan kekunci SHIFT itu. Semua imej yang berada di antara susunan imej pertama dan terakhir akan dipilih secara automatik.

? Jika anda ingin memilih imej yang tidak berada di dalam susunan pula, tekan kekunci CTRL dan seterusnya mengklik diatas imej pilihan, anda boleh terus meng klik diatas beberapa imej sekali gus tanpa melepaskan butang CTRL. Teknik ini akan memudahkan anda memilih imej yang berlainan susunan secara serentak.

2. Setelah imej dipilih anda boleh membuat perubahan nama imej serentak dengan menekan butang kanan tetikus dan memilih menu Rename

Dengan hanya menukarkan nama satu imej yang terdapat di dalam pilihan,

kesemua nama fail yang telah dipilih akan ditukarkan secara automatik mengikut nama yang diberikan.

Untuk mengelakkan persamaan di dalam nama fail, nombor bersiri akan ditambah secara automatik pada penghujung setiap nama fail yang dipilih.

Jika kamera digital atau telefon bimbit mempunyai kemudahan meletakan nama secara automatik, anda boleh juga menggunakan kemudahan itu yang mana, nama fail akan ditambah semasa gambar itu diambil.

Saturday, November 14, 2009

Panduan penjagaan rambut jadi segar dan subur

RAMBUT umpama mahkota bagi seorang wanita. Bagaimanapun, kini bukan saja wanita yang mempunyai kesedaran mengenai pentingnya mahkota itu dijaga dan dibelai, malah lelaki juga inginkan rambut mereka terus subur serta indah dipandang.

Oleh itu, sebelum anda berhabis untuk membeli produk rawatan rambut, perkara asas yang perlu dilakukan ialah mencuci rambut. Pemilihan syampu sesuai untuk kulit kepala anda juga penting kerana syampu yang tepat adalah langkah pertama mendapatkan rambut sihat bersinar.

Bagi yang ingin mendapatkan tip sebelum bersyampu, maklumat ini mungkin berguna untuk anda.

1. Berapa kerap harus mencuci rambut?

Tidak salah mencuci rambut setiap hari, tetapi proses mencuci, mengering dan dandanan yang dibuat secara kerap akan menghilangkan kelembapan semula jadi rambut. Justeru, teliti jenis rambut dan lakukan mengikut tip yang diberikan.

  -Cuci rambut setiap hari jika rambut anda jenis berminyak. Bekerja atau sentiasa berada di persekitaran berhabuk dan berdebu juga boleh menyebabkan rambut berminyak.

 - Cuci rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu jika mempunyai rambut kering atau tinggal di kawasan tinggi kerana udara di kawasan itu terhindar daripada kelembapan atau pencemaran.

2. Bolehkah syampu digunakan dalam kuantiti yang banyak?

Boleh. Bagaimanapun, pastikan selepas bersyampu, rambut dibersihkan sehingga ke akar rambut tanpa ada yang tertinggal. Malah, kuantiti syampu juga ditentukan oleh panjang dan ketebalan rambut.

Bolehkah menggunakan air suam untuk membilas rambut? Adakah suhunya sesuai?

Air yang digunakan untuk membilas seelok-eloknya adalah air suam kerana ia dipercayai dapat membilas syampu dan kotoran lebih bersih. Bagaimanapun, air yang terlalu panas boleh menyebabkan rambut menjadi rapuh. Oleh itu, gunakan air dingin untuk cucian terakhir sebelum pelembap atau sebarang produk disapukan pada rambut bagi menghindarkan kandungan nutrien di dalam produk hilang. Ia juga dipercayai membuat rambut lebih bercahaya.

Lemon untuk rambut beralun

Jika rambut anda jenis berminyak, ia akan kelihatan mudah leper dan tidak bermaya. Untuk mengembalikan sinaran rambut, perah dua biji lemon, dicampur dengan satu liter air. Gunakan jus berkenaan untuk membilas rambut selesai bersyampu. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih.

sumber: www.conectique.com

Friday, November 13, 2009

Guna komputer sebagai interkom

KOMPUTER kini boleh digunakan sebagai telefon untuk berhubung dengan keluarga, rakan atau rakan sekerja.

Apa yang diperlukan hanyalah perisian yang boleh menyokong kemudahan seumpamanya di atas standard Suara Menerusi Protokol Internet (VOIP).

Oleh kerana Skype merupakan perisian untuk menggantikan telefon biasa, ianya beroperasi seperti telefon yang mana apabila panggilan dibuat, penerima perlu menekan butang 'Answer' sebelum perbualan boleh dilakukan.

Kadangkala kita perlukan kemudahan yang terdapat pada telefon di pejabat kita yang mana penerima boleh terus mendengar suara pemanggil tanpa perlu menjawab panggilan.

Kemudahan itu dinamakan Interkom.

Kemudahan menggunakan Interkom di komputer kini boleh digunakan dengan perisian yang dinamakan Loudtalks.

Ia boleh dipindah turun di www.loudtalks.com. Apabila perisian sudah dipasang, anda boleh berkomunikasi dengan sesiapa saja di seluruh dunia seolah-olah mereka berada di pejabat yang sama.

Selepas perisian dipasang, langkah pertama adalah mendaftarkan nama pengenalan anda: Beritahu rakan anda supaya memindahturunkan perisian yang sama dan seterusnya mendaftarkan nama pengenalan mereka.

Selepas rakan anda berjaya mendaftar, anda hanya perlu memilih Tools > Add a contact untuk berkomunikasi dengan mereka Selepas anda menjemput rakan anda untuk berkomunikasi, pastikan rakan anda menerima jemputan itu untuk perbualan boleh diteruskan. Untuk berhubung dengan rakan anda yang namanya berada di dalam senarai, anda hanya perlu pilih nama mereka dan tekan butang untuk bercakap.

Jika anda tidak mahu menekan butang tersebut anda boleh menekan butang F7 sebagai jalan pendek. Jika anda ingin mengubah fungsi butang-butang yang diberikan, anda boleh mengubahnya dengan memilih Tools > Options Jika anda belum ada rakan untuk berinterkom, tambahkan sahaja nama pengenalan saya  Shida sebagai cubaan untuk kita mulakan interkom dari mana saja anda berada.

Wednesday, November 11, 2009

Rahsia Di Sebalik Senyuman!!

Mampukah anda senyum atau ketawa walaupun anda dalam kesedihan? Tentu sukar rasanya untuk berbuat demikian. Jika anda mampu sekalipun mungkin orang akan mengganggap anda 'tidak siuman'. Bersedih tentu saja dibolehkan tetapi janganlah berterusan bersedih dan menangis sehingga memudaratkan kesihatan.

Cuba amati antara wajah orang yang sentiasa ceria dan wajah orang yang sentiasa murung dan perhatikan juga mereka yang sentiasa tersenyum dan mereka yang tak pernah senyum ataupun payah untuk senyum apalagi untuk ketawa. Tentu sekali anda dapat melihat perbezaan. Wajah mereka yang ceria, sering tersenyum dan ketawa tentu sekali kelihatan berseri-seri dan tidak keterlaluan jika dikatakan nampak muda dari usianya yang sebenar.

Ada sesetengah dari kita bernasib baik kerana dianugerahkan 'wajah senyum' yang mana kalau dia marah sekalipun masih kelihatan seperti tersenyum. Antara contoh artis bollywood yang berwajah senyum ialah "Rani Mukherjee". Memang sukar mencari wajah begini dan jika anda mempunyai wajah sedemikian anda adalah satu dalam sejuta.

Cuba anda perhatikan orang yang dilanda masalah misalnya dan ditambah pula hidupnya tak pernah putusditimpa pelbagai masalah. Tentu sekali wajahnya kelihatan murung, berserabut dan nampak tua dari usia sebenar. Jika demikian tidak boleh kah kita bersedih dan menangis? Tentu sekali boleh tetapi perlu ada tempohnya. Kala bersedih menangislah sepuas hati dan bersedihlah semahunya. Mungkin seminggu, dua minggu atau sebulan anda berada dalam keadaan demikian dan selepas itu anda perlu berbuat sesuatu bagi meneruskan hidup.

Seseorang yang dapat menerima dirinya sakit dan hidup sememangnya ada masalah lalu menerima keadaansedemikian dengan tenang dan masih mampu tersenyum sebenarnya mempunyai tindak balas lebih baik terhadap rawatan yang diberikan.

15 fakta menarik :

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan
sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :

" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok

Tuesday, November 10, 2009

My Favourite Food!! Susah Nak Buat taui!!










POPIA BASAH DAN SOS

Bahan untuk Kulit Popia
150 gram tepung gandum
1 sudu teh tepung ubi kayu/arrowroot
400 ml water
2 biji telur Gred A, dipukul
½ sudu besar minyak
sedikit garam

Bahan untuk Inti
60 ml minyak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 sudu besar taucu
300 gram udang, dibersihkan
2 kg sengkuang, dihiris halus
2 sudu besar kicap cair
1 sudu teh kicap pekat
2 sudu besar gula
sedikit garam
2 liter air
110 gram tahu, dihiris memanjang & digoreng

Bahan Sampingan
20-30 helai daun salad, dibuang batang tengah
140 gram taugeh, dibuang ekor & dicelur
200 gram isi ketam, jika suka
100 gram bawang merah, digoreng
100 gram kacang tanah, digoreng & ditumbuk
1 biji timun, dihiris dan dipotong halus
4 ulas bawang putih, ditumbuk
3 camb cili merah, ditumbuk
3 tangkai daun ketumbar
1 biji telur, dibuat dadar dan dihiris nipis

Bahan Sos
200 gram tepung gandum
200 gram gula melaka, dihancurkan
330 ml air
sedikit garam
2 sudu teh gula pasir
1 sudu teh kicap pekat

Cara untuk Kulit Popia
1. Menggunakan blender, blend kesemua bahan sehingga ia sebati dan tidak bergentel.
2. Kemudian perap adunan dalam peti sejuk selama 4 jam.
3. Lengser kuali leper non-stick dengan sedikit minyak.
4. Buatlah dadar yg nipis selebar 23 cm kemudian ketepikan. Untuk mengekalkan kelembapan boleh tutup dengan tuala lembab

Cara untuk Inti
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan taucu dan udang, kacau hingga ia berubah warna.
2. Masukkan sengkuang, kacau 3 min. Masukkan kicap cair, kicap pekat, garam dan gula. Tuangkan air, masak hingga mendidih. Masak hingga kuahnya tinggal sedikit.
3. Masukkan pula tahu, gaul rata. Angkat dan biarkan sejuk.

Cara untuk Sos
1. Sanggar tanpa minyak tepung sehingga ia keemasan. Ayak kedalam mangkuk dan biarkan ia sejuk seketika.
2. Satukan kesemua bahan lain dan masak sehingga gula larut.
3. Kemdian tuang sos kedalam tepung sambil dikacau tanpa henti agar sosnya tidak bergentel.

Cara menyediakan Popia Basah
1. Ambil sekeping kulit popia dan letak diatas pinggan besar.
2. Letakkan daun salad, diikuti dengan sos, cili merah (bawang putih dan cili merah yang ditumbuk) dan inti sengkuang.
3. Letak juga timun, taugeh, isi ketam, daun ketumbar, hirisan telur dadar, bawang goreng dan kacang tumbuk.
4. Gulung dengan kemas dan potong 4 sebelum dihidangkan.

Monday, November 9, 2009

Thumbs up Fenomena kena tindih...

Janganlah kita tuduh Hantu le...Jin le...tahyul sume tu...Fenomena kena tindih...antara kepercayaan dan kebenaran. Just nak share info yg dapat dari seorang kawan (Pakar Saraf). Sebab baru2 ni, saya kena "sleep paralysis" dan banyak sangat orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni..betul ke kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Kalau ditanya, mesti ramai yang akan jawab pernah kena. Ramai kawan2 yang ditanya akan describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan, hujung jari atau terasa berat kat dada. Tetiba plak kononnya nampak benda2 pelik la..makhluk hitam dan sebagainya..

Sebenarnya, fenomena kena tindih waktu tidur atau medical term yg dikenali sebagai "Sleep Paralysis".

Sleep Paralysis atau dimelayukan "lumpuh waktu tidur" adalah condition yang terdiri daripada paralysis (lumpuh) yang berkeadaan temporary (sementara)..."temporary paralysis" ini selalu berlaku bila time nak tidur (hypnagogic paralysis) atau baru nak bangun dari tidur (hypnopompic paralysis).

Dalam keadaan normal, ketika otak kita dah bersedia nak tidur, badan
kita akan masuk ke stage tidur yang nyenyak atau dikenali sebagai REM (Rapid Eye Movement)- sbb tu bila tengok org tidur, mata dia bergerak, maknanya dia sedang nyenyak..
Ini bermakna, otak kita akan bagi tau kat badan kita suruh rehat..jadi, badan kita kira macam "switch off" kejap....REM Atonia (tiada muscle tone)- maknanya otot2 kita tak buat kerja...Otak kita pun ada "switch off" button...yang dipanggil RAS (Raticular Activating System) bila otak dah "switch off" badan, dia pun auto switch off RAS ni...jadi, yang tinggal hanya jantung berdegup, pernafasan dan "sub-concious mind"(operasi pemikiran tanpa sedar) sahaja yang "ON". Kira macam screensaver atau PC tengah "hibernate" la..
So, fenomena kena tindih ni terjadi bila kita sedar & fully awake, tapi kadang2 "electrical" signal tak di"activate" kan oleh otak untuk "switch on" balik badan kita, maka masa tu la badan kita "lumpuh" seketika before otak kita activate balik suis2 yg sepatutnya...menakutkan, tapi memang benar..

Paralysis tak semestinya complete atau full, tapi kadang2 sebahagian badan sahaja. Sleep paralysis ni selalu juga datang sekali dengan sifat halusinasi samada dalam bentuk pendengaran (time tu terdengar bunyi pelik2) atau penglihatan (waktu tu la nampak hantu yg mcm muka kita...) atau tectile (deria sentuhan, yang mana terasa macam ada benda yang menyentuh atau memegang kita) dan macam2 lagi la..

Antara sebab2 yang boleh menjadikan sleep paralysis ni:

1. Tidur dalam posisi terlentang terlalu lama;
2. Jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep);
3. Sleep deprivation (tak cukup tidur dan terlampau penat);
4. Stress yang melampau dalam fikiran (otak pun jd konpius);
5. Pertukaran gaya hidup secara mendadak (contoh: biasa dok umah tetiba esoknya gi panjat gunung, main badminton...heheh..contoh je..)
6. Pushing body & mind to work "overtime" (kerja tanpa rehat minda & badan)
7. Seseorang yang punya penyakit "Narcolepsy" (chronic sleep disorder, siang ngantuk tapi malam tak boleh tidur).

So, jangan la kata kita kena "hempap" dengan hantu..Kita lagi "hantu" sebenarnya.. Buat kaum isteri, kalau celik mata tu kena tindih dek laki, jangan la pula korang baca ayat Qursi..kang terbakar la pula laki tu..

Sunday, November 8, 2009

Sunnah Nabi s.a.w Sebelum Dan Selepas Tidur

Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw,
 maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang
tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.

Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid,
sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya,
jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1 . Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatn ya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?

Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik
pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih
mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.

Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.
Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.

Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.

Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain.

Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih
Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu.

Mudah-mudahan ianya menjadi panduan berguna utk kita semua... InsyaAllah...

Saturday, November 7, 2009

Rahsia peribadi melalui tulisan

1. Tekanan

a. Tekanan yang kuat

Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

b. Tekanan yang ringan

Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.

Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

2. Bentuk Tulisan

a. Tulisan yang bulat-bulat

Semua huruf ditulis dengan bulat
Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

b. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper

Tulisan yang angular dan sharp
Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak
memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

3. Kecondongan

a. Condong ke kanan

Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain,

peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih sayang, berani, pemurah

b. Condong ke kiri

Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka campur orang

c. Tegak

Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan
sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan tengah

d. Campur-campur

Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

4. Kerapatan

a. Jarang-jarang

Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

b. Rapat-rapat

Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

5. Pada huruf J, G, Y, Z

a. Ada ekor, besar, panjang dan sempurna

Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah,
mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b. Kecil, pendek dan tak sempurna

Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

6. Pada palang huruf kecil T (t)

a. Tinggi

Tahap aspirasi tinggi

b. Rendah

Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

c. Tengah-tengah

Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Thursday, November 5, 2009

SaHaBaT LeLaKiKu YaNg MeRaJuK

seperti yang yg kita tahu sahabat merupakan org yg selalu hanpir dgn kita selain keluarga kita...pernah x korang rase sedih bila kehilangan kawan???ok la arini sy nk citer sikit tentang pengalaman berkawan dengan lelaki tapi bkn bf yg special cm tren zaman sekarang bercouple2 tu ni KAWAN..kt kelas sy ne ade sorang mamat dulu badan die besar sangat..sekarang dh kuwus slim...die ni jiwanye lembut mcm pempuan tp zahirnye macho bukan mcm sotong..die mudah tkecik ati walau perkara kecil je...kami mula berkenalan awal bulan 10 aritu..dlu kenal tapi xrapat coz entah la..xder rase nk kenal dgn diepon..kteorg jadi rapat coz selalu balik same2 naik bas...die baik sgt..bnyak die tolong kteorg tapi kteorg bru je kenal die..tapi die ni perangai teruk sikit...suka mencarut...ngurat aweks la tapi awek dh ade pe la....satu hari kami berbincang dengn geng kami tanye korang suke x kt die...dorang sume kate xsuke coz perangai die yg teruk 2...lelaki mmg la mcm 2...tapi kita sebagai kawan ne kne la nasihatkan die..siapa lagi kalau bukan kita...saya kalau boleh nk kawan2 sy seiring dgn sy dlm memperjuangkan agama,maruah dan bangsa..xmo la kite memalukan diri tanpa kita sedari....ok kte sambung citer td...lpas 2 dorang sume ngumpat ckp xsuke kt dak laki 2 n kteorg pakat xnk makan dgn die..kteorgpon xla mkn dgn dia haritu..xsangka pulak die ouching punyelah dalam sampai kteorg pujukpn xmau lg..yg saye terkejutnye kawan sy yg slame ni keras kepala n hati batu 2 bley punye la wisaukan dak laki 2 sampai xtemteram die nk bilik dia kt asarama..sy ingt die xrase mcm ape yg sy rase...then kteorgpon pujuk la die..last dia dh ok dh..bila d pikirkan balik kelaka..pertama kali sy jumpe lelaki yg minta maaf dari pempuan walau ego die tinggi...so pengajarannye hargai la kwan2 d samping kita...seburuk mane dia pada kita..kita kne trime..kalu boleh terapkan nilai2 murni n agama dalam dirinye juga agar die seiring dgn kita dlm mengharungi kehidupan....

Wednesday, November 4, 2009

ALATAN MENGURUSKAN BADAN YANG MENGGUNAKAN KUASA ELEKTRIK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN



salam...dalam dunia ni msti semua org nk kelihatan cantik,kurus dan mcm2 lagi..tapi jgn kira asyik sehinggakan memudaratkan diri kita sendiri...alat menguruskan badan masa kini mempunyai 70% ancaman buat pemakainye tanpa kita sedari...kuasa elektrik walaupun tidak desalurkan terus ke bdan tapi ia mampu memberi kesan yg negatif.Antara alat yg di maksudkn adalh slimming belt..ia mengeluarkan haba yg panas pada belt tersebut dan mampu membuat badan berpeluh tanpa memerlukan pengguna untuk bergerak seperti bersenam...itu lah alat yg popular zaman ini yg digunakan untuk cepat kurus tapi merbahaya...saya sendiri pernah mencubanye baru-baru ini dan menyedari bahawa ianye memberi kesan negatif pada bdan seperti cepat letih, pening2 dan bnyak lagi..kesimpulanye sekiranye inginkan badan yg kuwus jgn kita selalu mengambil mudah sesuatu..bak kata pepatah.."bersusah-susah dahulu....bersenang-senang kemudian" SO sesiapa yg ade niat nk gune alat2 kuwus mcm 2 lupekan jela..dari kowang buang duit beli mahal2 baik g joging ke...lagi satu kita kene alert alat2 mcm tu selalunye ade yg pirate so untk keselamatan diri dan kesihatn hentikan lah dari mengidam untuk memiliki alat itu kerana ada banyk keburuka dari kebaikan..so renung-renungkan dan selamat menjalani kehidupan hhehhee...

Tuesday, November 3, 2009

FAKTA. oh FAKTA..




1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy,
jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu
dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem
La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini
pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah
kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta
700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama
digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu
cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga
digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet
ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain
kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori
oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa
ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng
adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari
segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang
yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus
tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi
mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah
kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung
tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat
jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai
ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam
yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku.

Hehehe…

Saturday, October 31, 2009

PERJALANAN PULANG KE RUMAH

hari ni kau balik ke rumah dari sabak ke klang dengan bas..kwn2 yg lain terpaksa ikut aku balik naik bas klang coz bas kl gerak lambat sngt..aku ingt aku akan balik sowang2 tp alhamdulillah tak..mse dlm perjalanan dl bas sejuk sngat..perjalanan kami berperingkat..dari sabak bernam>klang central>ktm batu tiga shah alam>kl central>PUDU..mmg bnyak dugaan balik kali ne..dalam perjalanan ke ktm batu tiga trafik jam dan mse tu ujan lebat ya amat..dgn kilat yg memancar-mancar...aku bersyukur kerana selamat sampai kerumah...kwan2ku juga selamat...